Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam keluarga Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.
Menurut Majlis Perbandaran Kuala Kangsar,pokok ini bernilai hampir RM200k
Malaysia adalah antara 10 negara utama yang menghasilkan getah asli dunia.
Tahun lalu, Malaysia mencatatkan jumlah eksport getah asli sebanyak 45,827 tan metrik.
Industri getah Malaysia juga terus mencatat prestasi cemerlang apabila eksport melonjak 150 peratus kepada RM44.43 bilion bagi separuh pertama 2021 berbanding RM17.77 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Jumlah itu meningkat disebabkan pemintaan mendadak dunia terhadap industri sarung tangan getah berikutan wabak COVID-19
Penanaman getah di Malaysia melibatkan kawasan seluas 1.0 juta hektar, yang mana 79 peratus berada di Malaysia Barat manakala 29 peratus berada di Malaysia Timur.
Pokok getah pertama di tanam di Malaysia pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, penguasa Botanical Gardens di Singapura ketika itu.
Pokok getah pertama dan tertua di Malaysia berusia 145 tahun (1877-2022)& masih hidup hingga kini terletak di Kuala Kangsar, Perak!🇲🇾
1876 - KUALA KANGSAR
Anak pokok getah telah dibawa oleh J.H. Murton
dari Taman Botani Singapura ke Kuala Kangsar pada November 1877 untuk ditanam di sini buat kali pertamanya oleh warga Kuala Kangsar.
Pokok ini telah mula berbunga pada 1880 dan mula mengeluarkan buah pada tahun 1881.
03 Oktober 1877 – Pada tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama di Tanah Melayu telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low. Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar.
Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan. Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar.
Kini, selepas lebih seabad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, kini telah menjadi bahan ekonomi yang penting di Malaysia. Dengan wujudnya Lembaga Getah Malaysia, tanaman getah berupaya melonjakkan ekonomi negara.