👉 Gali lubang seluas 2 kaki X 2 kaki X 2 kaki di kawasan sekeliling pancang. ( 2 kaki = 60 cm )
👉 Asingkan tanah bahagian lapisan luar dan tanah bahagian lapisan dalam untuk kesuburan tanah
👉 Selepas menggali lubang tanaman biarkan selama dua atau tiga minggu, barulah menanam anak pokok getah untuk hapuskan penyakit dalam lubang tanaman
👉 Tanam sampai tenggelam mata tunas cantuman dalam tanah ( 2 inci mata tunas tenggelam dalam tanah ) untuk elak pembentukan bengkak pangkal pokok dipanggil tapak gajah ia rugikan tapak torehan
👉 Potong bahagian bawah polibeg untuk mendedahkan tanah dan pembentukan akar baru yang aktif
👉 Dirikan Polibeg di tengah-tengah lubang tanaman dengan tegak dan belah polibeg menegak guna pisau kecil untuk mudahkan tarik polibeg naik keatas
👉 Kemudian kambus lubang tanaman dengan separuh tanah bahagian lapisan luar tanah yang diasingkan tadi
👉 Dan tabur baja debu rock fosfat ( RP ) sebanyak 113 gram ( 2 genggam ) ke dalam lubang tanaman dan pada tanah bahagian lapisan dalam
👉 Kemudian padatkan tanah di bahgian panggal pokok
👉 Dan letak sungkupan dikeliling pangkal pokok menggunakan polibeg yang telah digunakan sebagai sungkupan dan Letakkan kayu pancang sebagai sokongan
CARA TANAM POKOK GETAH DENGAN TANAMAN LAIN SISTEM BERPAGAR
PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan